08 June, 2011

5 REASON STUDENTS NEED NAME CARD

ceh..ceh..tajuk nak bahasa omputih je kan..tapi aku baik hati..aku tau pembaca lebih selesa baca dalam bahasa melayu..ye tak..bahasa jiwa bangsa maa.. okay, tadi aku dok usha-usha google, aku terjumpa 1 artikel ni..berkenaan name card...bile sebut name card je, mind kite dah setting "orang ni mesti dah kerja"..sape cakap hanya orang yang bekerja sahaja yang perlukan benda ni? kite sebagai student pun perlu jugak tau..kenapa?? lets cekidout......!

1-
Berkongsi maklumat kenalan anda

* ini cukup asas..kalau korang jumpa awek/ pakwe/ orang-orang yang berpotensi untuk membantu kau pada masa hadapan, xkan kau
nak tulis nama dan nombor telefon kau / orang tu atas cebisan kertas resit?? kalau korang tulis atas kertas resit atau kertas-kertas lain, potensi untuk 'terbuang' itu amatlah tinggi..memang laa korang cakap akan masukkan kertas tu dalam wallet / handbag..tapi kalau dah keadaan kelam kabut?? mesti simpan dalam kocek je kan?? bila balik, lempar seluar then bila dah terendam / hantar dobi, baru laa nak teringat..time tu korang kuar air mata darah putih macam mahsuri tu pun dah tak ada gunanya lagi tau tak.. tapi bila ada kad nama baru lah anda kelihatan lebih profesional walau pointer setiap semester takde lah gempak kebabom pom pom pom...tapi ingat, FIRST IMPRESSION TU PENTING! YOU WILL NEVER HAVE A SECOND CHANCE TO MAKE A FIRST IMPRESSION!

2-
Profesionalisme

* hampir sama juga dengan point di atas..tapi ade sikit percanggahan..kalau you all nak join rangkaian komuniti universiti/kolej atau orang perniagaan tempatan, dengan hanya tidak mempunyai kad nama untuk diberi kembali kepada mereka pun sudah nampak anda seorang yang kurang profe
sional..aku bagi contoh laa kan, jiran kau dah bagi makanan berbuka puasa semalam, takkan kau nak bagi balik bekas dia tu dengan tangan kosong?? ye tak?? samalah dengan kad nama, kalau orang tu dah hulur dan kau ambik, takkan nak balas dengan sengih je..memang laa tak salah kalau kau tak bagi kad nama kau pada dia, tapi kau akan kelihatan kurang profesional laa kan..kalau kau bagi, sekurang-kurangnye mase dalam kereta dia akan belek kad nama kau dan bila kau telefon tahun depannye, dia akan ingat kau..haa...paham tak huraian aku ni? harap paham laa kan..

3-
Rangkaian

*jika anda serius untuk membina rangkaian sosial,anda haruslah mempunyai kad nama..ermm...cmne ek nak terangkan...okay macam ni..kalau kau hadiri sesuatu majlis, let say annual dinner yang dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat juga ahli-ahli perniagaan atau sesiapa saja yang agak-agak boleh menjamin masa hadapan kau, mesti kau nak berkenal-kenalan dengan d
iorang kan..haa...di sini lah kad nama memainkan peranan penting....masa korang berborak-borak tu lah masa yang sesuai untuk kau hulur kad nama kau..dan sah-sah laa dia pun akan hulurkan kad nama dia jugak kan...kenape??? ini adalah kerana kalau dia berborak dengan kau sekejap je thenpastu die jumpe pulak geng-geng dia, mesti dia nak lepak dengan geng dia kan..bila dia lepak dengan geng dia, secara automatik dia akan lupa apa yang dia perbualkan dengan kau sebentar tadi..mungkin kau akan terus lenyap dari benak dia..at least kad nama kau membantu..bila dia tengok kad nama kau, walau dia masih samar-samar lagi nak ingat sapa kau, sekurang-kurangnya dia boleh google nama kolej kau yang kau letak kat kad nama tu..tak pun dia boleh google emel kau atau add kau kat facebook trough e-mel yang kau sertakan tu..nah, dari situ dia akan ingat kau balik dan ingat apa yang korang perbualkan serta korang boleh berbahagia berkenalan..see?? nampak tak kepentingan kad nama ni???

4-
personal branding

*sebagai student yang akan grad tak lama lagi, korang harus tanda diri korang dengan cara tertentu. Apakah kau minati, disiplin tertentu, industri tertentu, atau berdasarkan syarikat kau sendiri. Personal branding memainkan peranan besar di perguruan tinggi dan mempunyai kad perniagaan adalah cara untuk membantu kau berdiri di antara sesama pelajar.

5- lain "partner"

*aku yakin sebahagian besar pelajar sangat suka pada party..such as party hari jadi, prom night, talentime atau apa pun function yang dianjurkan kolej/univ
ersiti..so, peranan kad nama disini adalah untuk korang berkenal-kenalan dengan sapa yang kau nak kenal..tak kisah laa budak yang kau minat ke calon "kawan" ke hape kan..takde lah kau memendam rasa dari jauh je dan perasaan tu akan terubat bila dia hubungi kau..ala..macam ala-ala carik jodoh jugak laa..hahahahaha.. so, harap dengan tips ni terus memutuskan keputusan untuk korang memiliki kad nama..tak payah pening-pening..tak prlu ada kompeni besar gedabak pom pom pom kebabom....pakai logo kolej sudah laa kan..dah namanya kad nama pelajar...bukan matrik kad laaa!!!hahahaha..chow...babaiiiiiiiiiiiiiii.....



*si comel ni aku rase takde kene mengena...hahahaha..




No comments:

Post a Comment