12 June, 2012

Prosedur permohonan nikah di Selangor

Hello,

Okey, sure ader yang dah tahu kan apa prosedur untuk nikah (lelaki & perempuan) di negeri Selangor.Maybe, ada jugak yang terfikir-fikir kan.So, ini prosedur permohonan nikah di negeri Selangor.

Lelaki


Hadir ke kursus perkahwinan
Saya cadangkan kamu-kamu yang belum pergi kursus pra-perkahwinan nie untuk amek dekat JAIS or PAID or Masjid Negeri. Tapi sekarang private pun banyak dah organize kursus pra-perkahwinan nie. Sama jea kandungannye, just pilih tempat yang betul-betul mendapat kelulusan. Kalau dengan goverment, on last day dah boleh dapat sijil. While, kalo private ade yang lambat sikit tapi still dapat. So, dun be worry okey. So, far bayaran still rm80 selama 2 hari termasuk breakfast, lunch and tea time dan sijil jugak.

Dapatkan borang 2A di JAIS dan PAID
Okey, jangan confuse. Form untuk lelaki dan perempuan tak sama tau. Masa amek, kerani dekat kaunter akan bagi form 2A untuk lelaki, form 2C dan 2D untuk perempuan, form maustatin (if lelaki dari luar negeri Selangor), dan form untuk wali.

Dapatkan borang pemeriksaan ujian HIV
Jangan risau kalau form nie tak de dekat JAIS or PAID. Form nie ada dekat Klinik yang terlibat. Oh, hanya Klinik Kerajaan sahaja okey. Kalau boleh datang awal, nak elak dari clash dengan crowd yang ramai. Kalau Poliklinik Shah Alam, Seksyen 7, pemeriksaan HIV hanya pada dan selepas jam 2petang sahaja. Tak lama pun ujian HIV nie, and tak sakit pun. So, jangan takut ;p.Oh, ujian HIV nie valid dalam tempoh 6 bulan.

Lengkapkan borang permohonan untuk nikah dan lampirkan dokumen sokongan
Isi dan lengkapkan form ini,tapi JANGAN tandatangan dulu yea. Kalau pihak lelaki dari luar negeri Selangor dan tinggal di Selangor lebih dari 4 bulan maka anda di kira bermaustatin di Selangor. Form ni turut disertakan (skema ayat aku). Pengesahan pun kena buat,dalam form dah explain siapa yang boleh sahkan.Bukan semua orang boleh yea.

Dapatkan pengesahan Penolong Pendaftar Qariah
Masa ambil borang, pegawai JAIS or PAID akan sertakan nama PPN di qariah kita. So, pihak lelaki mesti membawa 2 orang saksi yang mengenali dia berjumpa PPN untuk membuat pengesahan. Masa inilah, baru pemohon dan 2 orang saksi akan tandatangan borang permohonan nikah di hadapan PPN. Kalau anda sukar membuat temujanji dengan PPN Qariah, dun be worry. Still boleh jumpa Pendaftar di JAIS or PAID.

Dapatkan kebenaran berkahwin dari PAID
PAID? Apakah? PAID tue Pejabat Agama Islam Daerah. Selepas settle, pihak lelaki kena pergi PAID (ikut lah daerah mana nak nikah; ex:Petaling). Bawa sekali permohonan nikah yang telah disahkan dan diluluskan oleh PPN. Pegawai di PAID akan semak (ikut checklist yang disertakan). Complete, then bayar rm10 and PAID akan bagi surat kebenaran untuk nikah.

Serahkan kebenaran kepada pihak perempuan
Bersama-sama surat kebenaran nikah yang diluluskan oleh PPN dan surat kebenaran nikah yang dikeluarkan oleh PAID, pihak lelaki kena serahkan kepada pihak perempuan pulak.

So, now kita tengok pihak perempuan pulak. Sebanrnya, lebih kurang jea. Beza sikit jea.

Perempuan

Hadir kursus pra-perkahwinan.
As mention above.

Dapatkan borang 2C dan 2D di JAIS/PAID
Ingat, before isi form tengok dan baca betul-betul. Jangan salah isi pulak.Kang satu hal lagi nak pergi amek new form.

Dapatkan borang ujian HIV
As mention above.

Lengkapkan borang permohonan dan lampirkan dokumen sokongan
As mention above

Dapatkan kebenaran nikah dari Penolong Pendaftar Nikah mengikut Qariah
Selesai isi borang permohonan nikah, pemohon, wali dan 2 orang saksi kena jumpa PPN Qariah yang telah ditetapka. Ingat, tandatangan hanya boleh dibuat di hadapan PPN sahaja.

Dapatkan kebenaran nikah dari PAID
Selepas mendapat kebenaran untuk nikah, pihak perempuan mesti membawa kebenaran nikah pihak lelaki dan permohonan nikah dari pihak perempuan ke PAID.Pegawai dari PAID akan semak dan kita kena bayar rm10 untuk mendapatkan surat kebenaran nikah.

Serahkan kebenaran berkahwin kepada PPN Qariah
Then, pihak perempuan akan serahkan kebenaran untuk berkahwin lelaki+perempuan ke PPN Qariah. PPN ni yang akan nikahkan kita. Tapi, saya memilih untuk menjalankan akad nikah di Masjid Negeri Shah Alam. So, saya kena cari jurunikah dan serahkan kebenaran berkahwin kepada jurunikah.

Prosedur ini, hendaklah dilakukan 2bulan sebelum majlis akad nikah. Jangan risau, mudah sahaja =)

Selesai semua ni, akad nikah akan dijalankan di qariah atau mana-mana yang ditetapkan dan dipilih oleh pihak perempuan. Nampak macam susah kan? Well, first time nak buat macam-macam dalam pale otak ini. Terpikir macam complicated jea nak buat. Boleh ke saya nak redah and ikut all the prosedur nie kan. Alhamdullillah, semua berjalan dengan lancar. Kita nak buat benda baik kan, so Allah SWT akan permudahkan jalan kita.Amin.

ps: Saya sudah neves nie.haiya.

sumber adalah dari JAIS

borang boleh ambil dekat JAIS or PAID atau boleh sahaja download dekat website JAIS. Urusan untuk kursus pra-perkahwinan pun boleh download jugak. Senang kan?

1 comment:

  1. tumpang tanya saya pemohon wanita kalo kite qariah lain tp nak nikah dekat masjid SSAAS nak kene jumpe PPN Qariah tempat kite dulu (time bwk wali dgn 2 org sakasi) atau bole trus PPN qariah Shah alam... saya dekat kg subang melayu... saksi tu kene bawak jugak ke?

    ReplyDelete