22 July, 2012

burger bakar. indah khabar dari rupa

assalammualaikum guys! puasa tak hari ni? alhamdulillah dah masuk hari kedua puasa. berbuka apa semalam? sahur apa? eh..macam-macam pulak aku.

semalam hari sabtu dan macam biasa mr.s cuti dan aku macam biasa lah..bodek-bodek ajak keluar..hehe..yelah bila lagi kan nak keluar.. seminggu sekali je keluar same-same.. so semalam keluar lah dalam pukul 6 lebih gitu..niat nak berbuka kat luar..sampai je semenyih, nampak bazaar ramadhan yang menggoda mata..singgah lah kejap beli apa-apa yang patut buat alas perut kot-kot masuk waktu berbuka masa otw KL kan.. aku pilih ayam percik 2, mr.S amik mee goreng sebungkus..

mr.s nak singgah tempat kerja dia. ada hal kejap. masa tu alah aku dok terlintas pasal burger bakar wangsa maju..laju-laju aku suruh mr.S google lokasi tu. yelaa selama ni aku merengek meroyan nak burger bakar die tak layan..aaaaaand here we go......

beratur amek order


aku dengan mr.S ambik baconizer tu. sebab dorang suggestkan. niat di hati dan niat perut yang lapar, aku nak ambik double..haha..berangan sangat..so, dengan 2 set baconizer + 2 set sausages + air = rm28++
dan ini hasilnya :


hambeeekk..patty bapak besar dan aku tak habis dan juga aku secara automatik "pangkah" roti burger dia. aku cubit roti dia, serbuk jatuh bukan main macam salji. and keras also. bagi akulah kan, aku hanya dapat bagi 1.5 dari 5 bintang sebab : roti keras, patty keras,kering serta sejuk tak ketinggalan juga tak berapa nak juicy (mungkin dah sediakan lebih awal, tapi daging burger kalau sejuk tak sedap kan?) sosej dia pun all out.. sejuk jugak..bacon? boleh laa sebab dah diselaputi cheese dan cheese sauce.. memang bagi aku indah khabar dari rupa lah sebab gambar kat google pun nampak sedap gila dengan patty dia nampak juicy, cheese meleleh-leleh..ahaaa...

aku bukan nak cakap tempat ni tak sedap, tapi mungkin timing aku pergi tak kena kot. orang tak berapa nak ramai sebab baru dalam dekat-dekat pukul 9 cmtu. after aku dan mr.s dapat je burger, barulah orang makin ramai dan beratur makin panjang. service pun cepat (as i said, orang tak ramai. sebab aku baca blog-blog lain, dorang tunggu almost 3 hours)

tapi air dia aku bagi 5 bintang. sedap. aku mintak strawberry, dia bagi air strawberry campur soda..sedap dowh. siap ada lemon ngan daun pudina lagi..

aku berharap sangatlah tuan gerai burger ni letak laa lampu kasi terang warung kau tuh.. bayangkan aku ngan mr.S serta customer-customer lain makan dalam gelap. satu hari untung ribu-ribu maaa..stakat pasang 2-3 lampu, ape de hal kan..

kesimpulannye di sini, dengan ini saya memangkah restoran tersebut. eh, jangan lah cakap aku berlagak ke hape. pendapat masing-masing kan.


motif?? takde motif pon..kat tempat keje mr.S..aku boring..hehe..oh..dan ini juga..


sila jangan hilangkan token anda..jika tidak, rm50 anda juga akan hilang.. dengan ini kesimpulannye :secure parking cekik darah dowh


2 comments:

  1. jauhnya pg.. kt nilai kn br je bukk burger bakar ni.. kat restoran MMA kr roundbout tu.. :)
    bg info je...

    ReplyDelete
  2. eh yeke..seriously memang tak tau sebab jarang g nilai.. =D ..lepasni blh laa g cuba..

    ReplyDelete