02 July, 2012

Kembali berblogging

seriously dah lama dah kan aku menyepi..(macam lah orang carik kan..hehe). bukan apa, penyakit M yang sangat kuat melekat kat badan ni tak mau baikbaik sampai blog aku dah berhabuk bersarang berbagai lah.

kali ni tak de cerita pun. just baru2 ni balik jb 2 minggu. cuti lah. biasalah kalau cuti, takde sebarang family activity pon memandangkan adik2 sekolah kan. rutin harian aku, pagi opkos lah tido kan sampai mak haku jadik bini tarzan terjerit jerit kat aku suruh bangun. lepastu dengan tak mandi tak gosok gigi dengan muka tak malu aku bersila depan mak aku sambil menghadap sarapan. bukan pengotor, tapi tak baik tau buang enzim2 berkhasiat..hehe (pemalas tu cakap je lah pemalas).

lepastu baru laa aku terhegeh-hegeh sebab nak jemur kain. after jemur kain, buat lah ape2 yang patut..pegi tesco ke, kip mart ke beli lauk (destinasi selang sehari)..bila dah pukul satu tu, aku menapak pergi sekolah adik aku nak jemput dia. tapi yang haku hangin, die bukannye selalu nampak aku. penat je aku tercangak duduk depan tangga lepas tu mak aku call cakap adik aku dah sampai rumah.. hangin je aku berjalan balik sambil membebel-bebel..haha..sampai je rumah tgok adik aku dengan sesedap rasa tengah melantak. tak jadik nak marah..

eh aku ni ntah apapae lah ek..

sepanjang aku bercuti selama 2 minggu ni, 3 kali aku pergi sekolah adik aku. hari terbuka lah. jumaat minggu pertama, sekolah adik aku yang darjah satu tu..sampai je sekolah, ramai cikgu hensem woo..haha..rambang mata aku..eh, macam nak carik jodoh pulak.. bila sampai giliran aku ngan mak aku jumpa guru kelas adik aku, sesuatu yang amat mengejutkan hati aku dan sangat amat menyentap perasaan (over hiperbola). cikgu tu cakap adik aku pendiam dalam kelas.. sumpah aku terkejut sebab sangat tak sangka. ko bayangkan lah, kalau kat rumah, dialah ratu jerit, ratu bercakap ratu hyperactive segala macam ratu lah..paling ketara, ratu drama..bila kat sekolah ko pendiam pulak ek dik..seriously terkejut..sama jugak respon cikgu sekolah agama dia. cikgu dia cakap dia pendiam..haishh..ini mula si kakak nak musykil nih..macam2 lah ko dik..

jumaat minggu kedua pulak, hari terbuka skolah adik lelaki aku yang form 3 tu.. aku ngan mak aku jugak yang pergi..hehh..yang itu toksah cakap lah..cikgu cakap mulut dia ada kilang operasi emas..langsung pendiam..ada takda same je..aku pelik lah adik-adik aku ni..kat rumah kemain riuh sampai kaki naik kepala kalau bergurau..adik aku yang lelaki tu lagi lah, asal adik aku yang siti nur tu salah sikit, mula lah nak tunjal sanak sini..sidahnya, terjerit2 lah budak tu sepanjang hari..kat sekolah korang pendiam ek..haiyoo..split identity ke hape korang ni?

aku? takde cerita pasal aku pun masa cuti..just aku bodek-bodek bapak aku nak kemeja denim dia tuh...memula tak bagi..puas laa aku merayu bagai, geleng kepala je..sampai aku dah nekad nak dela ngan bapak aku, kalau aku pergi kedai yang dia beli baju tu dan baju tu ada, tak payah bagi lah kan baju dia tu, dan kalau baju tu takde, aku belikan baju lain dan dia kena bagi baju tu kat aku..ehhhhh..dia geleng jugak..sampai lah malam aku nak balik tu aku cuba nasib lagi..haha..umpan aku mengena..dapat jugak lah kemeja tu..bukan ape, kalau nak beli sendiri, mahal nak mampos sebab baju tu dah jadik trend kan sekarang ni..so, langkah selamat, baik aku mintak kat bapak aku..hehe..dapat jugak lah..

hehe..setakat ni jelah cerita hari ni eh..aku pon dah letih ni menguap dah lapan puloh kali dah ni..hehe..kbai..

No comments:

Post a Comment