12 August, 2012

What women wants

Assalammualaikum. hi peeps. hari ni nak cakap pasal  perempuan. korang yang lelaki-lelaki tu mesti tak berapa nak tau kan apa yang perempuan harapkan dalam sesuatu relationship. tak laa sampai nak berkepit 24 jam, sms 24 jam, calling2 15 minit sekali. tak laa sampai macam tu.  Okay, basically ada berbagai jenis perempuan dalam dunia ni. Ada yang commit a relationship sekadar untuk enjoy dan scandal. tapi apa yang aku tulis ni adalah pada relationship yang serious. So aku akan bagi point untuk relationship yang serious. I mean yang pada memang nak jaga hubungan tu sampai kahwin. 

Be Transparent 

Maksud di sini, tiada rahsia sesama pasangan. Apa saja yang kau buat, kau berbesar hati nak kongsi. Minat , hobi , routine etc. Sebagai kekasih, tentu lah kena banyak berkongsi. Lama nak hidup dengan isteri since kau pilih dia as ratu hati @ pasangan hidup kau. Apa yang kau buat, sepatutnya kau seronok nak share dengan gadis kau. Sifat perempuan ni sensitive dan mudah terasa hati. Bila nampak bf macam ada sembunyikan sesuatu, nanti  mula lah timbul syak wasangka.  

Contoh..
Gf: Awak, nak main game snake kat handphone awak boleh ?

Bf: Tak boleh !

Gf: Kenapa ?

Bf: Sebab tak boleh lah ! Ni handphone saya !

Gf: Awak ada perempuan lain kan?? Message dengan perempuan lain kan??? Takut kantoi lettuww!

Lelaki pun perlu quality time lah nur syafrieza. Yes, aku tahu itu. Lepak kedai mamak tengok bola, pergi spa, pergi bowling dengan kawan, pergi racing superbike, etc. Girlfriend kau tentu faham dan tak konkong kalau kau keep update kau berada di mana. Just bagi short text pun dah memadai untuk sekadar update. Tak perlu nak bergayut phone 4 jam tho. 

'Hey sayang, I nak pergi lepak kedai mamak malam ni . Mungkin sampai 3 pagi. You tak payah tunggu I ok. So how was your day ? Ce cite ce cite. Love you :) '

Dalam masa kau lepak dengan kawan kau, boleh je spend 5 minutes untuk call gf. Sepanjang 4 jam kau keluar dengan kawan, takkan satu text pun tak mampu beri pada gf ? Guy  stuff pun guy stuff jugak,  tapi gf kau pun kena laa fikir keadaan dia. Kalau kau transparent macam ni, serious gf kau takde hal dengan kau. 

Kalau aku, aku tak boleh terima alasan busy kerja. So seminggu tak text langsung sebab busy kerja, takkan tak teringat langsung kat gf ? Sedangkan juruterbang atas langit pun sempat on call sekadar nak bagi gadis yang dia suka dengar suasana atas langit. movie 


Reverence

Hormat status gadis tu sebagai someone special dalam hidup kau. Kawan perempuan dan gadis special berbeza. So layanan yang diberikan tentu lah berbeza dan level tu tinggi dari kawan biasa. Sebagai manusia, hidup ni kita berkawan dengan berlainan jantina. Suasana kerja kita pun bercampur dan interaksi bebeza jantina. Sebagai professional, kau akan bataskan pergaulan untuk mengelakkan salah faham dan fitnah. Bukan boleh main tepuk tampar cubit-cubit malah berkongsi minuman. Unless kau single lah tapi aku rasa laki single yang ada manner takkan buat kerja macam tu. 

Hati-hati dalam perbualan. Gurau pun ada batas. Contoh...

"You ni cun lah, tapi I dah ada awek. Kalau tak..auummmmm"

"Lambat lah you, kalau tak I dah usha you dulu before awek I ni"

Statement yang macam atas ni, tanda tak hormat pada gf kau. Serious. Even gf kau tak tahu, Allah tahu. So jangan blame gf kau kalau Allah ubah hati gf kau kat laki lain. Perempuan akan rasa malu kalau tahu bf dia cakap macam tu pada gadis lain. Tidak hormat. 

Ada jenis perempuan yang akan kecoh bila kena mengurat.
"Oh mamat ni dulu usha aku wey, time dia usha tu dia dah ada awek wey. Sian tho awek dia dapat laki macam tu"

Tak sedih ke gf kau kalau tahu kau stab behind her back ?

Be Sweet

Perempuan suka benda yang sweet dan unexpected. Aku rasa, perempuan normal takkan demand benda yang besar-besar sangat macam candle light dinner, menari tango ke, percutian kapal Titanic ke etc sebab faham akan kemampuan pasangan. Benda kecik pun dah ok dan kami suka. Macam kau order delivery McD terus penghantaran ke rumah gf kau ke. Itu dah cukup buat pasangan kau tersenyum. 

Kalau kau hantar picture message yang comel dengan cute wish pun dah buat gf kau senyum.

Tulis short notes kat a piece of paper n selitkan di pencil box gf pun dah comel.

Beli atau hand-made card pun dah ok. Tanda kau ingat pada dia. 

Kalau belajar satu campus, kau hantar roti canai untuk breakfast pun dah cool gila.

Beli set KFC snack plate and kongsi ayam pun sweet. Maklum, student tak banyak budget. 

Banyak lagi benda sweet yang mampu dibuat. Tak perlu lah wow gila suprises yang kau buat. Kadang-kadang plan suprise lebih-lebih pun tak memadai jugak. Depends on budget. 

Sehari at least 10 texts lah kalau busy. 

Be Alert 

Perempuan ni remeh. Tarikh remeh pun nak ingat dan nak countdown. Contoh, tarikh kau bertemu, tarikh kau couple, tarikh first time ucap I love you, tarikh first time gaduh, tarikh makan KFC etc. Seriously, perempuan memang remeh. Terutama tarikh penting macam anniversary date dan birthday. Kalau kau tak wish, mesti gf kau merajuk kan ? Lelaki selalu lupa sebab dalam kepala otak korang lagi banyak fikir hal lain @ kerja. 

So korang kena waspada sikit lah hal-hal remeh ni. Birthday and anniversary date tu jangan dilupa. Kalau nak sweet, wish tepat pukul 12 malam. 

Kadang-kadang gf kau tumbuh jerawat atau naik berat badan sekilo pun dah menangis macam gila. So terus call kau untuk luahkan perasaan kecewa. So kau kena pandai tackle lah benda remeh macam ni. 

Pendek cerita, kena sentiasa alert lah tentang sensitivity gf kau. Kalau kaki gf kau besar, jangan lah kau sebut kaki runcing. Ada gf yang boleh terima gurauan dan ada yang sensitive. Pasal kaki pun boleh sampai nak bunuh diri. Serious.

Appreciate

Sesekali..ops, setiap kali sms tu tunjukkan lah kat dia yang kau appretiate kat dia. Bila berjauhan, rajin-rajinkanlah sms dia sebelum tidur dan tnya apa aktiviti harian dia. Perempuan ni bukan apa, setakat sms "buat apa hari ni?" tu pun dah boleh buat dia tersenyum. Menunjukkan kau care kat dia, ingat kat dia  walaupun berjauhan. Jangan kau senyap je sepanjang hari, dua hari, tiga hari, last-last sampai seminggu pun senyap je gitu. Bila gf call, sms, kau just layan gitu-gitu je (acuh tak acuh). Ini sekaligus membuatkan gf kau terfikir yang kau ada buat something kat belakang dia. Jangan marah lah kalau gf kau soal siasat kau itu ini macam polis. 


Aku tulis points ni berdasar pemerhatian pada gadis Asia yang normal dan tak high maintenance. 

But well, everything depends on your attitude juga. Jangan hari ni cakap lain, esok cakap lain. 

Happy reading and have a nice day...





"A real man doesn't love a million girls, he loves one girl in a million ways ♥"








oh so random : 
harini bersiap bagai nak rak nak keluar, banyak sangat termenung, last2 langsung tak keluar..

No comments:

Post a Comment