17 July, 2012

ex-couple? perlu ke berhubung lagi?

Aku berani bet 98% dari korang yang membaca ni ada ex-couple. ex-couple bermaksud insan yang pernah hadir dalam diri korang dan berlalu pergi akibat tiada persefahaman atau di halang atau dipermainkan atau mempermainkan atau bla bla bla whatsoever. sam amacam diri aku. aku pun ada ex-couple. tapi itu kisah lama. berpisah disebabkan daku berpaling tadah! muahahaha...

okey, bagi aku, ex couple ni bila dah bergelar 'EX', tak payah lah rasanya nak berhubung balik. i mean depend on situation. okeyh, ni aku bagi pandangan aku sebagai seorang perempuan.

situasi 1 :
-si lelaki ditinggalkan oleh si perempuan kerana si perempuan dah dapat lelaki yang lebih baik/berada/ hensem/masyuk dari lelaki pertama tadi.     

okey, ini aku gelar perempuan tak sedar diri bajet hot. aku bagi contoh ; tipah tinggalkan usop kerana mengejar sarip yang lebih hensem dan kaya dari usop.  selepas 6 bulan, tipah ditinggalkan oleh sarip kerana tak tahan dengan perangai tipah yang over-konon-cun itu. maka tipah teringat balik pada usop tapi tak berani nak contact balik sebab usop dah ada pengganti. after 3 tahun, usop pun dah bekerjaya, dah berada, bertanya khabar tipah dan tipah pun melayan usop. maka terjadilah pertukaran nombor telefon di antara usop dan tipah (sedangkan usop ada girlfriend). tak cukup sms, call, ym, facebook, mereka turut berwebcam dan bertukar-tukar gambar serta bahasa sayang-sayang, i - u bagai. tipah layan je je usop. ajak tidur lah, nak cubit pipi lah ape lah manja-manja. lepastu kantoi dengan awek usop. bergaduh dan bla bla bla (korang buat ending sendiri)

dah baca habis? dah kan? ape yang aku nak simpulkan kat sini (pandangan sebagai seorang perempuan) : 
mengikut cerita kat atas, punca segala kejadian adalah usop. kenapa? sebab usop yang mulakan permainan ni. kenapa? sebab perempuan ni perasaannye halus, complicated dan sukar nak difahami. tak faham? okey, tipah tinggalkan usop for a better person. after 3 years, usop dah bekerjaya tipah baru nak layan. so, kat sini, tipah beranggapan usop masih nak kat dia. sebab tu dia layan. aku pun kalau ex aku sms, calling ajak kuar semua, aku pun beranggapan dia masih nak aku. kan? thats why aku cakap tadi, kalau dah bergelar ex-couple di situasi macam ni, tak payah nak berhubung. tipah pun satu jugak, dia tak menghormati hak perempuan lain. cer kalau dia ada kat tempat awek usop? apa dia rasa? dan usop juga tak menghormati status awek dia terhadap diri dia. aku perempuan, so aku tau ape perasaan tipah bila usop layan dia macam tu.

situasi 2 : 

nyonya dan baba berpisah kerana percintaan dihalang keluarga.10 tahun bercinta, tapi bila nak kawen, bapak pulak tak bagi.

bagi aku, situasi macam ni, tak salah kaalu korang berhubung balik BUT as a friend. nothing much for this sebab dah dihalang kan. tak leh nak buat apape lah.


situasi 3 : 

mira ditinggalkan oleh azlan kerana tiada persefahaman di antara mereka.

ni pun bagi aku tak salah nak berhubung balik asalkan masing-masing masih single dah dah berubah n nak bersatu balik. tak salah. janji ada persefahaman. kalau masing-masing atau salah sorang dah pengganti, bagi aku tak payah nak berhubung balik sebab dari teguran itu bermula lah satu persahabatan yang tak dijangka dan di situ lah bermula bibit-bibit sayang yang tak disedari sebab masing-masing dah berubah. so, tak payah lah nak contact balik. baik jaga yang dah ada tu.


situsi 4 : 

meninggalkan pasangan kerana pasangan tak cantik/tak hensem

ini tak sedar diri namanya. nak yang hot je. yang ini pun tak payah lah nak berhubung balik walaupun untuk balas dendam. di situ bermula titik hitam di hati anda.

klik untuk tumbesaran sihat

haa..see..tony stark tak sedar diri..haha














entri ni adalah pandangan aku sendiri. 
kalau ada di kalangan korang rasa benda ni tak betul atau ntah apa-apa,
 terpulang. aku just luahkan pendapat je

                                                                  





No comments:

Post a Comment