30 August, 2012

Entri edisi ikan patin temerloh.

assalammualaikum..lamanya aku menyepi kan. Kesian pulak blog ni aku tengok dah bersawang bagai. Macam nak kena vakum je ni *over pulak*

So, macam mana korang punya raya? Best? Tak best? Hehe..aku punya raya biasa-biasa je. Memandangkan aku balik kampung ayah aku dulu tahun ni, maka tak berapa nak meriah sebab ada 2 family je. Family aku dengan family maksu aku je. Sembahyang raya pun tak sempat nak pergi huhu..

Entri kali ni bukan lah entri raya tapi aku nak buat entri pasal ikan patin. Ape? tak tau ikan patin? Pergi ketuk kepala kat dinding stesen komuter 43 kali.  Kalau sebut ikan patin, mesti orang terfikir pasal masak tempoyak kan. Pehh..mabeles! Aku dah terliur dah ni.  So, aku dengan gigihnye belajar cara-cara masak ikan patin masak tempoyak versi resepi asli orang temerloh.  Nak resepi? Mana boleh..tu rahsia turun temurun hahaha..Tak lah, next entri aku bagi resepi ye.



tourist tak kira lah dari dalam negara atau luar negara kalau datang temerloh, ikan patin mesti ada dalam menu wajib ye. Aku ni setiap kali balik kampung, ikan patin tetap wajib. Mak aku buat memang sedap, tapi nenek aku buat lagi sedap..hehehe *hai mak.

Raya keenam tu, before balik JB, ayah aku singgah ler kat kedai-kedai tepi jalan tu nak beli patin bawak balik JB. Murah pulak aku tengok. Sekilo rm14. Standard la tu kan. Maka aku macam biasa lah, cam jakun pun ada. haha..almaklumlah tek pernah singgah kedai-kedai tepi jalan tu. Biasa beli kat pekan sehari kat Temerloh yang hari ahad tu. Maka tercipta lah beberapa gambar. so, enjoy the picture



murah kan..? Junior aku beli kat mana entah rm18 sekilo..hoho


dari dalam kereta dok paksa aku ambik gambar dia


encik-encik patin yang gagah-gagah lagi perkasa berenang meliuk lintuk menggoda para pelanggan


gambar tuan blog harus lah ada kan.. ;)


bila ayah aku pilih patin dia sendiri. 


yeayy!! bila timbang, ada laa 2 kilo lebih.. mak aku heboh telefon kawan dia kat jb tanya nak kirim patin ke tak. haiyoo mak..mak..


aku suruh abang ni pandang kamera, tapi dia malu-malu.. apakah???


dia lagi..


dan lagi..


tak habis-habis lagi. Haiyoooo...

ini je lah gambar setelah ditapis-tapis. Sebab banyak sangat gambar. Hahaha..padahal beli ikan patin je pun. Bila sampai je JB, esoknye mak aku buat patin masak tempoyak. Hari lusa pun menu yang sama. Haha..bukan ape, simpan lama-lama kang, ikan ni dah tak manis. Ikan sungai tak sama dengan ikan laut kan.






before and after patin masak tempoyak. tapi yang ni my grandma masak...lepastu digandingkan pulak dengan sambai ikan bilis dan petai..memang  tak berhenti la aku makan. Bukan apa, setahun sekali je dapat sambal tu.haha..nak resepi? Alaa..next entri lah yek. Nak jugak? Yela..yela, aku bagi..ok sila ambik pen dan kertas yek murid-murid. Resepi ni memang resepi pure dari Temerloh dan memang turun temurun. Try ye, comfirm tak menyesal.

bahan-bahan : 

ikan patin *dipotong-potong*
tempoyak 2 sudu besar *kalau nak pekat, letak lebih sikit*
kunyit hidup 1 inci*dalam sebesar ibu jari*
cili padi 5 biji *ikut tahap kepedasan masing-masing*
2 keping asam gelugor
daun kesum 5 tangkai
bunga kantan 2 kuntum

cara-cara : 

-tempoyak, cili padi, kunyit hidup diblender sekali sampai tekstur menjadi halus
(kalau blender tak boleh pusing, letak air sikit)

-perap ikan patin dengan bahan blender tadi dalam 10 minit

-masukkan air secukupnya, lepastu bolehlah tenggek periuk atas api. Bila dah mendidih, masukkan daun kesum dengan daun kantan. dudih tu biar lama sikit tapi jangan lama sangat sebab nanti ikan tu hancur.

-Dah siap!


haa..senang kan resepi dia..? Kenapa takde bawang putih , bawang merah dan halia? Nak tau kenapa? sebab rasa bawang-bawang tu dan halia akan mengurangkan rasa tempoyak dengan ikan patin tu. Nenek aku tak cakap, tapi aku buat kesimpulan sendiri. Bahan-bahan tu kan kuat baunye. Tu yang tak letak kot. Tapi kan, nenek aku tak makan ikan patin. Die tukang masak je.






haa..okey, last sekali


bergambar dengan banner adalah wajib. *oh sepertinya leherku panjang* Belakang kedai ni kan, ada sungai. feeliing jugak laa abang yang jual ikan ni kalau takde pelanggan. Hehehe..Yang best pasal ikan patin temerloh ni kan, tak payah basuh beriya sangat dengan air asam lah, air limau lah. Just basuh pakai air biasa je. Tak hanyir. Tak macam patin yang beli kat tempat selain dari Pahang, kena basuh macam basuh ikan keli tu ha. Siap air asam limau bagai. Eh, dah lah, terasa macam panjang pulak entri ni.












oh so random :
bulan puasa tahun lepas, beli ikan patin masak tempoyak kat bazaar ramadhan semenyih. Dah lah rm7 sepotong, bila makan, rasa tanah. Akhirnya ikan tu dimakan oleh bakul sampah comel aku.

No comments:

Post a Comment