16 October, 2012

Langkawi - Penang surprise trip

hoho setelah sekian lama menyepikan diri, aku kembali jua. ceh ape punya ayat. Tapi lama jugak kan aku tak update blog ni. Banyak yang nak share dengan u olls tapi asyik tertangguh je. Gambar dah berlambak-lambak dah. Update je malas.

Okay seperti tajuk yang kat atas tuh, last month aku ade surprise short trip pegi langkawi ngan penang. Aku pergi dengan family mr. S. Kebetulan ada sedara mara dia datang dari palembang, so seronok laa ramai-ramai kan. Sebenarnya memang tak plan pun nak pergi sana. Plannya mr.S tu pergi langkawi dengan family dia, aku pulak bawak diri pergi Melaka. So, sehari sebelum dia pergi tu, tiba-tiba dia tanya aku "nak ikut tak?" yang aku ni blur-blur " ikut pegi mana?" dia gelak cakap " pergi langkawi laa" and i was like "......................"  hahaha sangat speechless. Yela kau bayangkan esok nak gerak, hari ni orang ajak kau. Mau tak speechless. Dah laa langkawi tu one of my dream place. Aku sangatla tak percaya sebab yelaa dia tu dah laa suka main-main. Kang aku dah excited, last-last dia cakap gurau je. Memang haru. Bila berpuluh kali aku mintak kepastian, baru lah hati ni lega (cececeh padahal.......). Kebetulan pulak aku tengah merajuk pasal apa ntah tak ingat masa tu. Terus senyum sampai telinga hokeyhhh. hahaha. Mak dia ada ajak, so tak segan lah sangat. Gigih hari tu jugak call bapak aku mintak izin. Nasib baik bapak aku okey je..hehehe..

Hari jumaat malam tu bertolak. petang tu ke rumah dia dulu sebab parents dia kerja kan. Around pukul 9 lebih dekat pukul 10 tu lah baru gerak. Ikut jalan lama. Dah nak dekat-dekat simpang pulai tu baru masuk highway. Baru aku tau dari puncak alam ke teluk intan tu sejam je kan. Ohh dekatnyee..!

Pukul 8 lebih cenggitu baru sampai jeti kat kuala perlis. sampai lambat pun sebab berhenti rehat kat highway siap tidur bagai. sarapan then baru beli tiket. kitorang punya beg, pehh..macam nak duduk seminggu kat sana. hahaha..kotak makanan, cormforter, macam-macam lah. padahal satu malam je kot.hahaha. lama jugak perjalanan dalam feri tu. sejam lebih ada laa. nak-nak pulak dalam tu ada budak 2 orang melalak tak berhenti, memang rasa 7 jam laa dalam feri tu..


kat rumah mr.S tggu parent dia balik kerja. comel gila aren ni bila ambik gambar


 time ni berhenti rehat. driver mau tido. haha..kami yang penumpang ni buat la kerja sendiri. tido ke, camwhore macam kami ni ke..uhukss..! 


om yaseer. dia ni pakcik mr. S dari palembang.


takde motif pun gambar ni. paksa mr. s ambik gambar aku.


om yaseer dengan wife dia


 shirfa. dari kat rumah asyik kena bahan dengan aku. haha.. sampaikan dia dah taknak layan aku


shirfa, umi, aren, tamy, tante sal
tante sal ni dari kalimantan..jauh kan..best pulak panggil tante tante..hahaha..





sampai je perhentian, i was like "..........................................................." subhanallah indahnya ciptaan Allah. Aku jadi kaku kejap tengok pemandangan keliling. sangat cantik.



gambar dah cantik, tapi ape la pulak om yaseer ni pegang comforter tu..hahaaha



11 orang naik avanza..boleh kau bayangkan? hahahaha..sendat sempit segala semua ada. after check in hotel, salin baju  ape sume, rushing terus pegi makam mahsuri dengan sky bridge sebab jam pun dah pukul berapa. 









aku paling tak tahan gambar ni..haha..bukan baca doa pon..eksyen je lebih plus aku kena paksa ambik gambar ni.








ok fine..! sampai je hentian pertama sky bridge, hujan selebat-lebat sampai tak nampak apa ada kat bawah. tak sampai 5 minit, diorang suruh turun sebab angin terlalu kuat. sangat lah frust. aku sampai je puncak terus nak muntah. hahaha..first time naik cable car youuu..tinggi gila.. taknak pandang bawah. bila perjalanan turun tu, angin jangan cakap lah. aku mengucap je laa mampu. hahaha..ngam-ngam sampai bawah, hujan pun berhenti..alaaahai..so, ayah mr. S pergi kat kaunter tiket tu cakap kitorang nak naik lagi esok tapi FREE..free hokeyhh..!! yelaa rugi je bayar tiket mahal-mahal tapi habuk pun tarak kan. so bincang punya bincang, diorang suruh datang pukul 9 pagi..without ticket..weeehuuu...! naik lagi esok..

so, balik lah kami ke hotel di kampung tok senik rehatkan badan. malam tu keluar makan shopping-shopping coklat kat pekan kuah. takde ambik gambar pun. just umi je rambang mata nak beli pinggan mangkuk kat haji ismail group tu. aku pon rambang mata tengok murah-murah semua.. duh..!


umi sakit kepala banyak gila pilihan. time ni dia tengah dengar aku membebel ape entah bagi pendapat itu ini...last-last tak jadi ambik sebab dia dah decide nak pergi lain kali nak beli pinggan mangkuk..sedih pulak aku tengok muka dia sebab tak dapat beli apape..hahaha..


okey nak balik dah


sumpah takleh bla muka aku. taksempat nak senyum..ehekk..



gambar dari tablet umi..baru dapat masuk semua..


sky bridge for second time and yang penting FREE!! ehehe..benda free kan,sape taknak






mak mertua..haha..boleh pakai tak caption gini?






uhukssss....................!



hokeyh ni belum ambik gambar barang..haha..sure korang terkejut.. sampai jeti pukul 12 lebih, tiket feri pukul 2 setengah dan aku sekali lagi diheret umi ronda haji ismail group tu..haha..2 jam kat dalam tu..letih sebenarnya tapi layankan aje bila lagi nak ambik hati kan..hahahaaha..boleh gitu..?

selama 2 jam pilih itu ini, umi ambik jugak lah set pinggan mangkuk design latest dengan tambahan lagi 6 biji pinggan. aku...? aku berjaya hasut umi beli set cocktail brand vantage..it worth rm150 onlyyy!!! mana nak dapat oiii...hasut punya hasut, umi termakan hasutan aku..muahahahaha..


kau cakap dengan aku mana nak dapat ni dengan harga rm150??? vantage pulak tu.. cakap?? aku cakap kat umi kalau tak pakai, jual kat aku suku harga..hahahaa..boleh?? ngam pukul 2.15 selesai urusan jual beli..haha..tak sempat pulak aku jenjalan kat situ..terus je naik feri. then shot terus ke penang. so ni gambar2 kat penang..malas pulak aku nak caption-caption gambar..


mr.S with his father


gambar ni nampak gedik..haaha



menunggu mr.S shopping kat dalam tuh



pekena nasikandaq line clear dulu..ayam dia besar gila aku jadi takut nak makan..haih..share dengan tari


sekali lagi aku dipaksa ambik gambar ni






naik feri otw balik tanah besar..

pheww..lama gila nak upload gambar..gambar aku kat feri tu makan berakhir lah short vacation aku 3 hari 2 malam..penat gila kott..balik shah alam rumah mr. S mandi salin baju terus tido. tau- tau dah siang dah umi nak gi kerja..haha..ape punya bakal menantu..hek hek hek..nak habis gini je boleh tak? tak tau nak buat ending lah..

No comments:

Post a Comment