05 July, 2012

erti, punca dan cara tangani melatah

sesiapa antara korang ni melatah? pada aku lah kan, melatah ni 99.9% terjadi pada kaum melayu sahaja. kaum lain aku tak pernah pulak nampak melatah. aku tak lah melatah, tapi aku ada ramai kawan melatah. oh dengan ini tidaklah bermakna aku berkawan dengan orang tua. dulu sindrom melatah ni hanya terjadi pada warga tua, tapi lama kelamaan sekarang ni warga muda belasan tahun pun dah ada 'penyakit' melatah ni.

berdasarkan pengalaman aku, kawan-kawan aku yang melatah ni bermula dari dibuat-buat 'ohpocoh mak kau meletup jatuh tangga'. lepas tu melarat-larat pulak berjoget-joget lah ape lah. lama-lama dah jadik tabiat. aku ada beberapa orang kawan yang latahnye dibuat-buat. alah bukan susah pun nak detect  orang melatah buat-buat ni. ko try cucuk pinggang atau sergah dia time dia tengah moody gila vavi. comfirm takde latah-latah. maki-maki ada lah. hehehe.

masa aku sekolah teknik dulu, ade 3 orang budak lelaki kelas aku yang melatah. mula-mula dibuat-buat aje. lama-lama makin over. aku menyampah pun ada. time moody, takde pulak latah kau kan. bukan apa, latah ni kadang-kadang jadi penyeri pun ada jugak. majlis-majlis kawin ata apapun, kan bertambah seri kalau ada makcik-makcik melatah. makin diusik atau disergah makin menjadi-jadi.

orang melatah ni biasanya akan sebut perkataan atau tiru tingkah laku orang lain di sekelilingnya terus menerus dan berulang-ulang. kalau orang terus menyakat tu terus usik orang yang melatah, latah tu akan menjadi-jadi sampai dia seperti di alam bawah sedar dan terus buat je ape yang orang suruh. dan itu amat lah bahaya bagi orang sekeliling. buatnye dia pegang parang, haa..tak ke naya..elok-elok majlis kahwin , dah jadik majlis arwah.


*ni latah mengada-ngada namo eh*

okeylah, merujuk pada kamus dewan edisi empat, latah ni ertinya seseorang (selalunye ponpuan lah kan) tak sedar ape yang dilakukan, mengikut perbuatan atau suruhan orang lain tanpa disedari, mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu secara tak sengaja kerana terperanjat. secara rambang, ramai yang menyangka latah ni selalu terjadi kepada wanita 50 tahun ke atas. sedangkan latah juga boleh berlaku kepada orang muda bahkan berusia belasan tahun.

haa..tengok, orang belasan tahun pun boleh melatah. selalunye latah ni bermula dengan suka usik-usik orang melatah. at the end, diri sendiri melatah. aku pun kekadang melatah kalau ada barang jatuh atau terkejut sangat. tapi bila difikir balik buat malu je melatah dan mr.S aku tegur, aku cuba untuk tidak melatah. alhamdulillah sekarang takde lagi 'opocot mak engkau' 'mak kau meletup' macam-macam lagi lah. paling-paling pun 'eh!'..tu je lah..

pada yang melatah tahap hardcore tu agak susah lah nak sembuh tapi semua penyakit ada unat kan. sebaiknya lepas melatah tu cepat-cepatlah istighfar dan mengucap ingat Allah. bila ada orang usik je, terus ingat istighfar semua. paling utama, ingatkan kepada kaki usik orang melatah, jangan lah usik-usik koran yang melatah tu. kalau perlu diberi tazkirah, dipesilakan. hahaha.. sebenarnya latah ni tak akan terjadi jika tak ada orang yang mengusik.

tapi yang bestnye orang melatah, time-time dia tengah mengelamun, memang syok usik dia.  terus terkeluar apa yang dilamunkan tuh. best kan. hahaha..



 haa..kan dah kantoi selama ni kucing tu kutuk mak domo hitam.

No comments:

Post a Comment