12 July, 2012

tepung cap lili vs tepung baker's choice

sape kaki buat kek kat sini sila hempas mouse kuat-kuat. haha..korang ikotlah cakap aku tuh. sebenarnye aku dah lama nak buat entri ni (alasan klise) tapi aku perlukan masa untuk bertapa sebelum entriu ni berjaya dikeluarkan.

alkisah bulan lepas aku balik jb. cuti lah wey. balik-balik je mak aku suruh buat kek sebab ada kenduri kat surau. saje lah nak buat oleh-oleh kan. maka dengan berdesup aku pegi lah tesco dengan mak aku beli bahan buat kek. mak aku suruh pakai aku punye resepi kek span. sebab kek span aku mudah dan praktikal dan seharusnya sedap.  ceh , puji diri sendiri dan itu harus. hehe. u know what, aku dengan mak aku jalan dalan tesco tu macam takde arah tuju. haha. lama gila duduk kat tempah bahan bakery tu. tengok itu ini. dah ambik ape yang patut, pegi lah kat section tepung. aku dengan lajunye nak capai tepung cap lili dan dengan pantas juga mak aku menepis tangan aku ala-ala wing chun.mak aku cakap "jangan ambik tepung ni. tak bagus lah. haa ambik tepung ni. baker's choice. ni bagus" aku iyekan aje lah sebab aku pun tak pernah pakai tepung tu.

bila balik je bermula lah episod hitam kek aku. KEK AKU BANTAT!! frust, kecewa, marah, geram, sakit hati, semua ada. okey takpe, mungkin aku silap timbang. buat lagi satu. keutusannya sama je. sungguh aku frust dan putus asa. eh., asal aku emo? haha. siyes dowh, kek aku tak menjadi. bantat. tengah-tengah kek aku tak masak. berkali-kali aku salahkan tepung baker's choice mak aku.

esoknye aku tak puas hati. aku pegi beli tepung cap lili dan aku buat kek aku. haaaaa...nak kena pakai tepung  murah jugak. so dengan ini, tepung baker's choice telah disenaraihitamkan dari hidup aku.


 how dare you tepung mensabotaj kek aku! 

lepas kek tu menjadi, aku dengan tersenyum meneruskan aktiviti membaking. aku tak nampak ape-ape kelebihan tepung cap lili ni tapi aku akan pakai tepung ni bila ada customer order kek dengan aku. no baker's choice. dush! dush! pergi kau!!

sayang kau tepung lili..muah muah muah i lebiu...(over)

4 comments: