31 July, 2012

tips bibir seksi/menawan/perhatian ramai

kau hado? takdo kan???

hello..hello..dan hello..ya..saya masih di sini barsama anda di...eh! kenapa macam skrip pengacara? adakah ini aku sudah bergelar pengacara atau layak bergelar pengacara? ah sudah..sudah..ke laut pulak..

hari ni, aku nak share dengan korang tips bibr seksi menawan ala-ala kilafairy (kenapa mesti dia?). nak memikat bukannye susah. tak cukup dengan ketrampilan diri atau tutur kata, tapi fizikal pun mesti superb beb. meh sini aku nak share tips untuk korang supaya bibir lebih seksi dan mendapat perhatian bakal bapak mertua orang ramai..jom jom jom terjah bersama aznil haji nawawi..eh?!

tips 1:
suruh kawan korang tumbuk bibir korang sampai bengkak. sampai biru pon takpe sebab dengan kebiruan itu lah membuatkan orang tertanya-tanya "apakah jenama lipstick yang dipakai oleh beliau?" bisik hati pencampur warna lipstick lancome (tatabahasa adakah betul?)


see..kan seksi ni..kan?kan? kan?


tips 2:
apa kata korang berkenalan dengan haiwan bernama tebuan a.k.a lebah..sesekali tukar selera. eh jangan tanya kerana berkawan dengan tebuan ni banyak pekdahnye (read: faedah) ngko tau tak. tebuan ni boleh membuatkan bibir ngkorang seksi tanpa mengeluarkan belanja beriban yang boleh bayar muka kereta kembara bernombor plat wwe 1234. caranya? senang je. korang ketuk je sarang tebuan tu lepastu hulur laa bibir panjang-panjang. keputusannya sangat memberangsangkan. kak nita pun boleh terjelepok laa tengok ngkorang.

haaa..tak ke berjasa lebah tu kat ngkorang? cukup berjasa..takyah suntik sana sini sinun..

tips 4 : 
sentiasa tanamkan perasaan marah dalam diri. sebab bila marah, muncung mesti panjang sekangkang kera kan. kalau terpaksa, sambil berjalan tu, muncungkan mulut macam nak ciom orang.

also seksi..aww..i geram..i geram dengan bibir u..seksiiii

tips 5 : 
haa..ni senang. pakai kaler lipstik yang tak slalu orang pakai. macam biru belang kuning ke. bibir atas merah bibir bawah oren. separuh hijau separuh kuning..tak pun belang-belang. kalau takde lipstick kaler tu, water colour atau crayon adik korang sangatlah sesuai digunakan. lagi-lagi di waktu terdesak kan. kawan dah calling-calling ajak lepak depan pavilion. cakap je lah kaler air ker, krayon ker, calit je kat bibir. siap! comfirm korang akan jadik hotstuff kat situ malah orang akan sentiasa memandang anda. potensi untuk orang mengambil gambar anda ketika itu amatlah tinggi kalah menara kat dubai tu apa nama ntah aku lupa.


hambeeekk!! gurad kat pavilion pun tak berani nak halau kalau cenggini..rasa nak ciom ada lah..eh?!!


tips 6:
sentiasa senyum dan berkata manis, sopan serta jujur berbicara dengan kenalan ataupun bukan kenalan. nama laa tau dalam train terjumpa bakal makcik lalu korang berborak mesra dan makcik tu berkenan untuk jadikan menantu untuk anak bujang terlajak yang bekerja sebagai pilot..haa..tak ke untung..malah orang juga akan beranggapan korang ada mulut manis dan bibr seksi.. =D


kenapa wawa zainal? eh suke hati ah..dia lawa pe..haha..tak rugi abang pilot tu suruh mak carikkan jodoh



dengan ini maka berakhir lah satu entri penuh dengan tips berguna untuk masa depan anda...selamat mencuba....aku dah cuba dah..tapi yang last sekali..tapi tak jumpa pun makcik yang anak dia kerja pilot..tsk tsk tsk (oh ini adalah bunyi seperti anda menarik hingus yang hendak meleleh keluar dari hidung ye)



oh so random:
hari ahad hari tu ada kucing sesat masuk dalam train dari batang benar ke kajang.jumpa awek barangkali???

No comments:

Post a Comment