11 August, 2012

Tips bertemu bakal mertua.

assalammualaikum..anda2 semua puasa? hah? tak puasa..ye..aku paham..tehehe..eh, aku nak tangguh dulu entri  bergambar pasal cameron tu boleh tak? tak habis tulis lagi lah. hehehe..

dah nak raya ni kan, so mesti ramai antara korang-korang yang kapel-kapel ni nak jumpa bakal mak mertua korang buat kali pertama kan. nanti heboh la berdebar laa, takut lah..last-last tak jumpa langsung sebab takut..haha.. tak pun nanti bakal mak mertua korang yang tak larat nak layan banyak cakap sangat macam mak bedah. tu over la pulak kan.*teringat cerita ibu mertuaku* so, ni ada some tips yang aku jumpa masa blogwalking tadi..harap dapat membantu..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Komunikasi adalah penting dalam kehidupan setiap insan. Bercakap, menangis, ketawa, waima pergerakan badan dan bahasa isyarat sekalipun adalah antara medium berkomunikasi. Tulisan dan lukisan jangan pula kita lupakan. Mereka tergolong di dalam medium komunikasi.

Jadi sekarang ini kamu boleh teka apa yang sedang dilakukan oleh saya?
Boleh teka?
Ya ! Pandai ! Saya sedang berkomunikasi !

Okey okey.. back to the main issue.

Sepandai pandai kita bercakap di depan public, sepandai pandai kita berpidato, berceramah, kita akan merasa gugup jua apabila berhadapan dengan bakal ibu dan bapa mertua. Siapa yang setuju angkat tangan ! See.. ramai yang setuju. Okey tipu. Tak nampak pun korang angkat tangan.

The truth is, aku ni adalah seorang yang sangat sangat suka bercakap depan public. Bukan nak membangga bangga, tetapi realitinya kalau disuruh aku buat presentation secara solo di hadapan crowd yang memenuhi dewan, aku sanggup. InsyaAllah aku mampu. Aku berani menerima apa jua risiko yang bakal menimpa. Mungkin orang akan impress dengan presentation aku, atau barangkali orang rasa tak best. Baru lima minit bercakap orang dah keluar dewan. But I dare to take the risk.

Tapi !


*fikiran melayang layang mengimbau kembali kenangan silam*

Aku ingat lagi. Setahun yang lepas, kalau tak silap sekitar bulan julai atau ogos. Untuk pertama kalinya aku dibawa berjumpa dengan mama dan papa. Mulut aku macam tengah kemam sepuluh ketul jongkong emas. I hardly speak. Segalanya seperti tersekat di kerongkong. It's not a matter of scared, or nervous, or errr whatever. Cuma aku rasa anxious. Aku rasa cemas, resah dan gelisah. Aku bimbang setiap butir bicara aku nanti tak kena dengan penerimaan orang tua.

Lepas tu aku teringat pesan orang orang tua.

"Kita jangan banyak bercakap sangat. Makin banyak kita bercakap, makin terserlah keperibadian kita. Makin banyak kita bercakap, makin lebar peluang yang ada untuk orang menilik dan menilai kita. Berkata kata akan perkara yang penting penting sahaja. Sekadar berbasa basi. Kalau disoal, jawablah. Tapi jawapan tu jangan nak panjang lebar pulak. Asal memenuhi kehendak soalan, sudah lah"

Sometimes it's not easy to communicate apatah lagi apabila kita tahu yang kita ni being judge kan? We have to think very carefully before we speak.

It's not a matter of being hypocrite, kenkonon pendiam, penuh dengan kesopanan dan kesusilaan lah pulak. Cuma you know.. errr.. we know that we need to impress them sebab pandangan mata mereka itu lah yang bakal menentukan keredhaan dan restu mereka kepada kita. Am I right ?

So girls ! Bear in mind. Apabila pertama kali bertemu dengan bakal mertua, DON'T talk too much. Talk less, speak politely dan yang penting senyummmmmm.

First impression last !





oh ini adalah mak saya, bukan mak mertua ;D






oh so random : 
bila laa nak ada bakal mak mertua..hahahaha






kredit entri to : 

1 comment: